*Bermula 1 Februari 2024, tiada lagi cetakan dan penghantaran salinan fizikal lesen memandu bagi memberi kemudahan kepada pengguna sekali gus meningkatkan pengadaptasian penggunaan digital. Anda boleh menggunakan e-LMM/ Lesen Digital anda melalui applikasi MyJPJ. Pastikan anda memuat turun dan mendaftar aplikasi MyJPJ anda. Muat turun aplikasi MyJPJ daripada Apple Store / Google Play / Huawei App Gallery.
Lesen CDL merupakan Lesen Memandu Kompeten yang sah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Lesen CDL ini diberikan kepada pemegang lesen memandu yang telah tamat tempoh percubaan (Lesen P) selama 2 tahun.
Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan sistem pembaharuan lesen memandu secara atas talian untuk memudahkan individu memperbaharui lesen memandu tanpa berurusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara bersemuka.